Friday, December 2, 2011

Pertandingan Akhir Tulisan Kemas & Cantik Tahun 2011

Pada 17 November 2011 yang lalu telah berlangsung Pertandingan Akhir Tulisan Kemas & Cantik anjuran Kluster Sekolah Rendah 2PK (Puni, Piasau-Piasau & Kenua) di Dewan SR Puni Temburong.

Peserta terbaik dari 7 kategori yang dipertandingkan telah beradu kebolehan menulis dengan kemas, cermat dan tersusun dalam masa 20 minit. Antara kategori yang dipertandingkan adalah seperti Kategori Pra Sekolah, Kategori A (Tahun 1 & 2), Kategori B (Tahun 3 & 4), Kategori C (Tahun 5 & 6), Kategori D (Guru-Guru), Kategori E (Bapa / Penjaga Lelaki) dan Kategori F (Ibu/Penjaga Perempuan).

Alhamdulilah, beberapa orang wakil SR Puni telah berjaya dalam pertandingan tersebut iaitu bagi Kategori C dan F. (Yessss......)

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil.

Suasana di bilik Sindiket Kategori Pra, A, B & C

Suasana di Bilik Sindiket Kategori D, E & F

Persembahan dari Murid-Murid Pra SR Puni & Piasau-Piasau

Seterusnya Tetamu Kehormat Majlis, Pem. PPKD Cikgu Othman bin Bolhassan
menyaksikan pameran tulisan dari ketiga-tiga kluster 2PK.



Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Akhir Tulisan Kemas & Cantik serta penghargaan
kepada Hakim yang terpilih.


Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai Tetamu Kehormat Majlis, Jemputan Khas, AJK, Hakim serta para peserta.


- Cikgu Razif -

No comments:

Post a Comment