Tuesday, October 16, 2012

SR Puni Celebration Part 2

Now here's the second part..the 2012 Teacher's Day celebration... Held this morning 16th October 2012 at the School Hall..

Fully organised and handled by the Parent-Teacher Association (PIBG) with the help of other parents and students (you all really good at keeping everything secret from us teachers..hehe).. Much of the surprise of the teachers, it was SO IMPRESSIVE & MARVELOUS..Two thumbs up! Yay!!!!

Million thanks to all parents and students who involved and we teachers really appreciate all the hard work that you have contributed.







Wonderful, touching and impressive performances by the students (trained by the parents)...





 Presents given to each teacher...


 The parents sang 'Selamat Hari Guru' song (dengan irama lagu Happy Birthday) while presenting us with their chocolate biscuit cake...



SR Puni Celebration Part 1

Assalamualaikum and greetings to all..

It's been a while since the last time we have updates on this blog, so here are some new updates on the celebrations that has been held in SR Puni over the past few months..

First up is the Hari Raya 2012 Celebration which was held on the 1st September 2012...






Quite simple really but what matters is the students enjoyed it :)

Tuesday, July 10, 2012

Majlis Perpisahan Guru-Guru SR Puni

Assalamualaikum..

Pada 9 Julai 2012 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Perpisahan khas buat Ustaz Md Amrull (yang berpindah ke SR Sultan Hashim Batu Apoi Temburong) dan juga Pengkaji Cikgu Dyg Filzah Husna (yang telah membuat kajiannya di SR Puni selama 3 bulan dan akan kembali semula ke UK untuk meneruskan kajian).

Seluruh warga SR Puni ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan serta jasa baik cikgu berdua selama bertugas disini.  Kami doakan semoga cikgu berdua akan terus maju serta berjaya dalam apa jua yang akan dicapai di masa hadapan :)



Pertandingan Akhir Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2012

Salam semua...

Pada 30 Jun 2012 yang lalu Sekolah Rendah Puni Temburong telah bertanding di peringkat akhir Pertandingan Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2012 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum.  Pertandingan diadakan di Pusat Belia BSB.

Dalam pertandingan tersebut, 16 orang penari SR Puni di kalangan murid perempuan dari Tahun 3 hingga 5 mempersembahkan tarian "Indung Anak" yang mana dipimpin oleh guru yang melatih iaitu Cikgu Md Hasanuddin & Cikgu Abd Razif.

Walaupun hanya mendapat saguhati (tempat ke-10) namun pencapaian memasuki peringkat akhir dengan percubaan pertama (1st attempt) ini adalah sangat-sangat dibanggakan.  Tahniah diucapkan!

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Rini, Cikgu Filzah serta rakannya dalam membantu menghias penari SR Puni :)







Program Outreach TEKMA - Kongsisama Makanan Tradisi

Assalamualaikum...

Apa khabar biskita? Minta maaf atas kejarangan update blog sekolah batah-batah ani..

Disini kami kongsikan aktiviti yang telah dilaksanakan di SR Puni pada 9 Jun 2012 yang lalu iaitu Kongsisama Pembuatan Makanan Tradisi.  Aktiviti ini adalah hasil kerjasama antara pihak sekolah dengan ahli PIBG SR Puni serta MPK Puni.

Bermacam-macam makanan tradisi dikongsikan termasuklah pembuatan makanan secara 'live' seperti suman, sesumbui, ulat-ulat, sushi dan macam-macam lagi.  Selain itu juga ibu bapa yang hadir memeriahkan aktiviti turut membawa pelbagai jenis makanan tradisi untuk dikongsikan bersama-sama.  Tidak juga ketinggalan aktiviti yang menarik untuk murid-murid.










Friday, May 11, 2012

Perlawanan Futsal Antara Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong

Pada 25 April 2012 yang lalu, pasukan pemain  Futsal S.R Puni berlawan dengan pasukan pemain Futsal S.R Amo di Padang, Mini Kompleks Sukan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong.  Walaupun Skuad pasukan S.R Puni tewas tetapi pelawanan antara kedua pasukan sangat sengit walaupun setelah tendangan penalty diadakan sehingga pasukan S.R Puni tewas dengan  'toss coin'.  Syabas kepada pasukan SR Puni, kamu telah memberikan saingan yang hebat pada perlawanan tersebut walaupun tidak masuk ke peringkat akhir.







Global Action Week Part 3

Acara kemuncak pada sambutan Global Action Week pada 25hb April 2012 yang lalu ialah majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang dalam aktiviti melukis ibu bapa/penjaga bersama murid-murid yang disampaikan oleh Guru Besar, Dyg Hjh Jamilah Hj Osman. Kreativiti ibu bapa melukis bersama anak-anak mereka terserlah dan setelah dihakimkan hanya 5 pemenang dan 5 penerima hadiah saguhati dipilih.   Tahniah diucapkan kepada keluarga yang menang. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ibu bapa/penjaga, ahli PIBG, warga Sekolah atas kerjasama, sumbangan dan sokongan yang diberikan.