Tuesday, July 10, 2012

Pertandingan Akhir Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2012

Salam semua...

Pada 30 Jun 2012 yang lalu Sekolah Rendah Puni Temburong telah bertanding di peringkat akhir Pertandingan Tarian Asli Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Tahun 2012 anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum.  Pertandingan diadakan di Pusat Belia BSB.

Dalam pertandingan tersebut, 16 orang penari SR Puni di kalangan murid perempuan dari Tahun 3 hingga 5 mempersembahkan tarian "Indung Anak" yang mana dipimpin oleh guru yang melatih iaitu Cikgu Md Hasanuddin & Cikgu Abd Razif.

Walaupun hanya mendapat saguhati (tempat ke-10) namun pencapaian memasuki peringkat akhir dengan percubaan pertama (1st attempt) ini adalah sangat-sangat dibanggakan.  Tahniah diucapkan!

Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Rini, Cikgu Filzah serta rakannya dalam membantu menghias penari SR Puni :)







No comments:

Post a Comment