Tuesday, July 10, 2012

Program Outreach TEKMA - Kongsisama Makanan Tradisi

Assalamualaikum...

Apa khabar biskita? Minta maaf atas kejarangan update blog sekolah batah-batah ani..

Disini kami kongsikan aktiviti yang telah dilaksanakan di SR Puni pada 9 Jun 2012 yang lalu iaitu Kongsisama Pembuatan Makanan Tradisi.  Aktiviti ini adalah hasil kerjasama antara pihak sekolah dengan ahli PIBG SR Puni serta MPK Puni.

Bermacam-macam makanan tradisi dikongsikan termasuklah pembuatan makanan secara 'live' seperti suman, sesumbui, ulat-ulat, sushi dan macam-macam lagi.  Selain itu juga ibu bapa yang hadir memeriahkan aktiviti turut membawa pelbagai jenis makanan tradisi untuk dikongsikan bersama-sama.  Tidak juga ketinggalan aktiviti yang menarik untuk murid-murid.










No comments:

Post a Comment