Friday, December 2, 2011

Program Orientasi Murid Pra Tahun 2012

Pada 15 ~ 17 November 2011 yang lalu telah berlangsungnya Program Orientasi Pra bagi bakal-bakal murid Pra SR Puni Tahun 2012. Program dimulakan dengan taklimat yang diberikan kepada ibu bapa / penjaga bakal murid pada 15 November 2011 (jam 2.00 petang) dan diteruskan dengan sesi orientasi pada bakal murid selama dua setengah hari. Program ini dijalankan oleh Guru-Guru Pra Sekolah SR Puni.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada bakal-bakal murid ini dengan suasana persekolahan serta melatih mereka tentang etika semasa berada di sekolah. Diharap dengan adanya ini dapat mempersiapkan murid-murid ini serta meningkatkan semangat mereka untuk tahun hadapan.



Photos by Ustaz Md Amrull (edited by Razif)


- Cikgu Razif -

No comments:

Post a Comment