Friday, May 11, 2012

Pelancaran Program Outreach TEKMA Dan Global Action Week: Rights From The Start Early Childhood Care and Education Now! Part 1

Gambar Ramai  Bersama Tetamu Kehormat
Pada 25 April 2012, Sekolah Rendah Puni telah mengadakan pelancaran Program Outreach 'TEKMA" dan Sambutan "Global Action Week" yang telah diresmikan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Cikgu Saimon binti Haji Lahid, Nazir Daerah Jabatan Kenaziran Daerah Temburong. Majlis telah dimulai dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan kata alu-aluan daripada Guru Besar, Dyg Hjh Jamilah Binti Hj Osman. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan tarian daripada murid-murid.  Acara yang disusun pada hari tersebut bagi sambutan "Global Action Week" ialah:
- Aktiviti lukisan ibu bapa/penjaga bersama murid-murid
-Aktiviti permainan tradisional untuk murid-murid
-Pameran lukisan hasil kerja murid-murid
Berikut ialah antara gambar suasana semasa majlis ini diadakan. 

Antara ibubapa/penjaga murid yang hadir

Antara hasil lukisan ibu bapa bersama anak mereka

Ucapan alu-aluan Guru Besar dan Pelancaran oleh Tetamu Kehormat

Persembahan tarian 

Menikmati jamuan





Diucapkan ribuan terima kasih atas sokongan,kerjasama dan sumbangan pihak ibu bapa/ penjaga yang diberikan bagi menjayakan majlis pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment