Monday, November 7, 2011

Pertandingan Tulisan Cantik & Kemas (Program 2PK)

Pada 2 November 2011 yang lalu, telah diadakan peringkat awal Pertandingan Tulisan Kemas & Cantik bagi murid-murid, guru-guru dan juga ibu bapa murid. Pertandingan tersebut adalah anjuran Kumpulan Kluster 2PK iaitu SR Puni, SR Kenua dan SR Piasau-Piasau.

Terdapat 7 kategori dibahagikan dalam pertandingan itu. Kategori Khas untuk Murid Pra Sekolah, Kategori A (Tahun 1 - 2), Kategori B (Tahun 3 - 4), Kategori C (Tahun 5 - 6), Kategori D (Guru-Guru), Kategori E (Bapa Murid) & Kategori F (Ibu Murid).

Peringkat akhir untuk pertandingan ini Insya'Allah akan diadakan pada 17 November 2011 nanti.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil.

Kategori untuk murid-murid.

Pada sesi petang diadakan untuk kategori ibu bapa dan guru.


- SRP -

No comments:

Post a Comment