Saturday, October 10, 2009

GEMPAK!!! GEMPAK!!! BERITA TERKINI!!!!

Kehadiran dua jejaka memecah keheningan staffroom sekolah rendah Puni pada pagi Sabtu, 10 Oktober 2009... Setelah diamat-amati, rupanya mereka adalah guru-guru yang baru melapor untuk bekerja pada hari itu..

Diwaktu perhimpunan pagi, mereka dipelawa untuk memperkenalkan diri kepada seluruh warga sekolah tersebut...





Jejaka yang tersenyum lebar berbaju putih ini bernama Cikgu Hendery Sariraya atau nama glamernya Cikgu Henry... berumur 26 tahun dan juga anak jati Temburong tinggal di Kg.Sumbiling Baru. Hobinya pula adalah melakukan aktiviti sukan seperti bermain Futsal, Takraw, Badminton, Bolasepak, Jungle Trekking dan sewaktu dengannya. Makanan kegemarannya pula ialah cendol preferrably Haji Saban's dan memakan makanan Itali iaitu Pizza. Minuman pula ialah Nescafe dan Teh Tarik. Cikgu Henry juga berkeyakinan disuatu hari nanti impian untuk memiliki sebuah Lexus IS300 atau LS460 akan tercapai. Beliau berstatus bujang dan kepada peminat-peminat Cikgu Henry sila rujuk kepada webmaster untuk mengemukakan pertanyaan yang lebih lanjut lagi tentang Cikgu Henry berdasarkan status tersebut. Beliau meminati wayang-wayang serta siri-siri yang penuh aksi seperti REMP-IT, SMALLVILLE dan meminati kumpulan Simple Plan.




Jejaka yang nampak serius ini pula ialah Cikgu Abd Razif bin Haji Abd Kadir atau dikenali dengan Cikgu Razif. Beliau berumur 22 tahun dan mengemari sukan bolasepak, futsal dan melayari internet. Kepada sesiapa yang ingin membelanja Cikgu Razif, makanan kegemarannya ialah ayam dalam apa saja jenis masakan, burger dan juga memakan Kueh Teow serta beliau gemar dengan minuman Coca-Cola... beliau adalah anak jati daerah Temburong dan tinggal di Kampong Kinalong. Wayang yang beliau gemari waktu ini ialah Transformers dan siri-siri seperti Ghost Hunters, Paranormal State, The Reaper. Beliau juga menambah yang beliau minat menonton perlumbaan Formula 1 dan perlawanan EPL. Kugiran yang diminati adalah Paramore dan Armada. Kepada pembaca yang ingin mengenali lebih "mendalam" lagi tentang guru tersebut, malangnya beliau "is not available"....

No comments:

Post a Comment