Wednesday, August 12, 2009

Latar Belakang Sekolah

Sekolah Rendah Puni Temburong terletak kira-kira 3 km dari Pekan Bangar. Sekolah ini adalh merupakan salah sebuah sekolah yang tertua dibina di daerah ini dengan mempunyai keluasan 3.165 ekar. bangunan sekolah ini dibina dalam tahun 1949 secara sementara dan dibuat dengan bergotong-royong yang diketuai oleh Awang Ujan bin Jalak, Ketua Kampong Puni pada ketika itu. Sekolah ini telah mula dibuka pada 1 Januari 1950. Guru Besar pada ketika itu ialah Cikgu Pg. Md. Yassin bin Pg. Hj. Abd Rahim yang merupakan Guru Besar pertama bagi sekolah ini. Keramaian murid pada ketika itu ialah 40 orang yang kebanyakkannya terdiri dari Puak Kedayan.

Dalam tahun 1970, dua blok tambahan telah dibina iaitu satu blok bilik darjah dan dewan sekolah. Diantara kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah sebuah Dewan, 8 Buah Bilik Darjah, Bilik SENA, Bilik EPPS, Bilik ICT, Bilik Sumber, Perpustakaan, Klinik Gigi, Tandas, Tempat Berwudhu, Bilik Ibadat, Kantin, Stor dan 6 unit Rumah Guru Kelas 'F'.

Sekolah ini berada di dalam Mukim Bangar. Murid-murid yang datang belajar di sekolah ini adalah terdiri dari mereka yang datang dari Kg.Puni sendiri dan juga kampung-kampung yang berdekatan.

Dari mula sekolah ini dibuka hinggalah ke saat ini, ada seramai 24 orang Guru Besar telah pernah diaturkan bertugas di sekolah ini. Pada tahun 2009, Sekolah Rendah Puni mempunyai seramai 15 orang tenaga pengajar dan 11 orang kakitangan serta mempunyai keramaian murid seramai 158 orang.

No comments:

Post a Comment