Wednesday, October 13, 2010

Pertandingan Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke-2 Tahun 2010

Pada minggu lalu (11.10.2010) telah berlangsungnya perlawanan akhir badminton sempena Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke-2 Tahun 2010. Pertandingan itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Pusat Belia, BSB. Empat orang murid SR Puni telah mewakili daerah Temburong dalam pertandingan tersebut.

Dalam pertandingan itu, Awang Muizzuddin telah menerima pingat perak dalam kategori perseorangan lelaki. Manakala Dayangku Nor Fartin Farhah telah menerima pingat gangsa bagi kategori perseorangan perempuan. Pasangan beregu perempuan yang diwakili oleh murid SR Puni iaitu Vivi Shaeera dan Nur Amirah telah tewas di peringkat suku akhir.

Walau bagaimanapun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada keempat-empat murid SR Puni yang juga mewakili daerah Temburong diatas kejayaan serta pencapaian mereka dalam pertandingan tersebut.







** Sorry, banarnya ada gambar beramai tapi ketinggalan lupa ambil dari photographer.. hehe**

No comments:

Post a Comment